Pergaulan Bebas Menurut Islam

Friday, 1 March 2013



Apakah yang dibenarkan dan apakah yang dilarang?

Bagaimana untuk mengelakkan pergaulan bebas?
  • Dibenarkan bagi lelaki dan wanita untuk berada ditempat yang sama secara umum (cth: kedai, jalanraya, dan sebagainya)
  • Lelaki dan wanita harus mengelakkan situasi dimana mereka berasak bersama-sama (dalam keadaan sesak) atau duduk bersama
  • Elakkan perkenalan (antara lelaki dan wanita) secara berulang kali bagi mengelakkan kebiasaan bersama
  • Perbincangan antara lelaki dan wanita dibenarkan apabila perlu (cth: urusan perniagaan, pembelajaran, dsb)

Mengapa harus mengelak pergaulan bebas?
  • Pencegahan berlakunya hubungan intim sebelum pernikahan
  • Mencegah gosip dan fitnah yang boleh merosakkan perhubungan dan kekeluargaan
  • Mengelakkan satu pihak "bertepuk sebelah tangan" lalu hati disakiti
  • Mengelakkan berlakunya gejala anak luar nikah
  • Mengelakkan keretakan hubungan sesama keluarga (kerana zina, dsb)

Dalilnya

Firman Allah, "Dan janganlah kamu menghampiri zina". [Quran 17:32]

Firman Allah, "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka." [Quran 24:30]

Firman Allah, "Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka." [Quran 33:53]

Rasulullah SAW bersabda, "Janganlah kalian sekali-kali memasuki tempat wanita". Maka bertanya seorang Ansar, 'Bagaimana pula dia adalah ipar?' Lalu Baginda SAW menjawab, "al-hamwu (ipar) adalah maut (berbahaya)". [Hadith Riwayat Tirmidzi]

Rasulullah SAW bersabda, "Ditusuknya kepala salah seorang itu dengan besi, adalah lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya". [Hadith Riwayat al-Thabrani dalam Mu'jam al-Kabir 20:211. Dinilai Sahih oleh al-Albaani] 

Firman Allah, "Janganlah kamu berkata-kata dengan suara yang lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana demikian akan menimbulkan keinginan orang yang berpenyakit didalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (yang sesuai dan sopan)". [Quran 33:32]

Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana wanita yang memakai wangi-wangian kemudian keluar rumah dan melepasi satu kaum (golongan lelaki) lalu kemudian mereka menghidu bau wanginya, maka dia (wanita itu) adalah penzina". [Hadith Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya & Tirmidzi]

Ummu Salamah berkata, "Apabila Baginda Rasulullah SAW selesai bersembahyang (di masjid), maka para wanita akan bangun terlebih dahulu kemudian beredar. Baginda kebiasaannya menunggu sebentar sebelum berdiri". Ibnu Shahab berkata, "Baginda menunggu sementara untuk memberikan laluan untuk para wanita keluar dahulu sebelum diikuti para lelaki". [Riwayat Bukhari]

Imam Bukhari menukilkan satu cerita di dalam Kitab Haji dalam Sahih Bukhari dimana para wanita ketika dizaman Rasulullah tidak bercampur baur dengan golongan lelaki ketika melakukan tawaf disekeliling Ka'bah. Bahkan Aisyah sendiri menjauhi golongan lelaki dan ketika bertawaf bagi mengelakkan berselisih dengan mereka. Lalu ada seorang wanita mengajaknya kehadapan untuk mencium Hajarul Aswad, lalu ditolak oleh beliau dan menjawab, "Engkau sahajalah yang pergi". [Sahih Bukhari]

Salah seorang daripada hamba Aisyah datang kepadanya dan berkata, "Wahai Ummul Mukminin, saya telah pergi disekeliling Ka'bah (ketika tawaf) sebanyak tujuh kali dan menyentuh penjuru Ka'bah sebanyak dua atau tiga kali". Lalu Aisyah menjawab, "Semoga Allah tidak mengganjari kamu kerana mengasak laluanmu melalui golongan lelaki. Adalah sudah mencukupi bagimu untuk mengucapkan 'Allahu Akbar' ketika kamu melepasi (penjuru Ka'bah)". [Diriwayatkan oleh asy-Syafie didalam Musnadnya]





 
 

 




0 comments:

Post a Comment

 
Khaleel Atsary™ | Seekers Guidance © 2013 | All provided materials here are not mine unless I stated so.